Mencari:

Wednesday 14 December 2011

HARI INTERAKSI PERSADA UPSI 2011

Pada tanggal 4 Disember 2011, PERSADA UPSI telah pun berjaya mengadakan hari interaksi, yang bermotifkan untuk mengeratkan lagi hubungan antara warga PERSADA UPSI. Program ini telah pun dijalankan di Ulu Yam, dan melibatkan peserta seramai 100 orang. Antara aktiviti yang dianjurkan adalah, explorace alam rimba, mandi sungai dan juga sukaneka. 







































SEMOGA UKHWAH YANG TERJALIN MENGERATKAN LAGI HUBUNGAN KITA ANTARA WARGA PERSADA UPSI~














Thursday 20 October 2011

Logo Persada Upsi Dikemaskini!

Assalamualaikum dan Salam PERSADA.
Pada AGM baru baru ini telah dipekenalkan kepada semua ahli PERSADA UPSI bahawa, logo upsi yang sedia ada telah di perbaharui dan dikemaskini. Logo yang diatas ini adalah logo yang telah dikemaskini. Apa pandangan anda?? dan dibawah ini adalah logo lama

 Semoga dengan logo baru PERSADA UPSI ini dapat meningkatkan lagi semangat kita ahli-ahli seketariat PERSADA UPSI!! InsyaAllah

Friday 14 October 2011

Aplikasi Online: daftar Ahli Sekarang!!!

Assalamualaikum dans alam satu Malaysia
Syukur kehadrat Ilahi, kerana dengan izinNya dapat kita hidup di dunia ini dengan aman damai dan dapat menikmati kepesatan teknologi yang ada.

tidak ketinggalan jugak dengan PERSADA UPSI, sekarang kami mempunyai kemudahan untuk bakal ahli persada untuk mendaftarkan diri secara ONLINE. Aplikasi daftar online ini menggunakan Aplikasi borang Online ZOHO creator. Aplikasi yang sama digunakan oleh PERSADA USM.
Kepada semua ahli PERSADA UPSI, kalian jangan risau mengenai data anda, INSYAALLAH, ianya selamat kerana aplikasi ini telah digunakan oleh banyak syarikat-syarikat besar termasuk SONY, LENOVO dan UNI. OF CAMBRIDGE. Jadi menambah keyakinan kami bahawa data anda selamat.


Jadi Kepada sahabat-sahabat UPSI yang layak menjadi ahli UPSI, kini anda boleh terus mendaftar melalui aplikasi ini. Semoga Ukhwah kita tertaut erat, harmoni dan selamat. :)
Untuk Mendaftar, anda boleh KLIK pada di bawah ini atau pada butang menu DAFTAR yang terdapat di atas.

Friday 16 September 2011

Ikrar PERSADA

Permuafakatan Siswa/Siswi FELDA

Bahawasanya kami;
Ahli PERSADA Malaysia
Beriltizam dan berjanji setia
Menyumbang bakti dan usaha
Membangun dan membela
Amanah warisan pusaka
FELDA dan warganya
Ke arah mencapai hasrat dan wawasan negara
Merealisasi gagasan Aspirasi FELDA Glokal yang mulia
Untuk memartabat FELDA di persada dunia.

Kami;
Dengan penuh sedar dan memahami
Rasional dan bijaksana
Bertindak atas keutamaan & prinsip tertera;
Menjunjung Semangat Rukun Negara
Mendukung Konsep 1 Malaysia
Pintar bermasyarakat, membudayakan ilmu dan berakhlak mulia
Keharmonian dan kemakmuran FELDA diutama
Demi agama, bangsa dan negara.

Blog SPU Dalam Pembikinan

Assalamualaikum dan salam perpaduan.

Alhamdulillah wa syukrulillah segala puja dan puji hanya kepada Rab Penguasa alam ini kerana dengan izinnya maka dapatlah diusahakan satu alternatif khusus kepada ahli-ahli PERSADA UPSI dan semua ahli-ahli persada amnya. Sekretariat Permuafakatan Siswa/i Felda ataupun PERSADA UPSI akan berusaha sedaya upaya untuk memberikan info yang terbaik untuk seluruh mahasiswa/i UPSI melalui blog ini khususnya kepada anak anak generasi FELDA yang menuntut di perbukitan ilmu ini.

Akhirnya pihak sekretariat mengharapkan agar PERSADA dapat menjadi wadah baru yang dinamik dalam memacu UKM dan FELDA menuju ke arah dimensi baru Malaysia.
"Mengilhamkan Harapan Mencipta Masa Depan"